Nak kongsi pendapat sedikit. Cuba kau pergi solat berjemaah kat masjid-2 atau surau-2 yang berdekatan dengan tempat kau. Cuba perhatikan keadaan di dalam masjid, bukan hiasan dalamannyalah tapi kedudukan jemaah dalam saf. :D Kau akan lihat saf macam ni :
Situasi di Masjid Z
Tadi masa solat berjemaah aku solat antara A *sebelah kanan dan B *sebelah kiri. Masa solat aku rapat ke tengah *bahagian B. Pastu aku sentuh A tu supaya rapatkan saf. Tapi buat taktau je, aku batalkan solat aku, aku rapat kat bahagian A tu pula. Lepas tu, ada ruang kosong antara aku dan B tu *rakaat ke-2 sampai bagi salam. Aku macam blurr kejap.*loading bukankah sepatutnya orang belakang yang penuhkan saf?. Pakcik-2 ni tak tau ke macam mana luruskan dan rapatkan saf??? -,-'
Inilah masalah yang berlaku pada masyarakat kita hari ini. Tidak kiralah di bandar ke taman ke kampung semua sama je. Setakat ni hampir kesemua masjid yang aku pergi Saf Jemaah tak sempurna. Haih...
..Saf masyarakat sekarang..
..Saf yang sempurna..
Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit.
Dalam islam setiap perkara itu walaupun nampak kecik tapi sebenarnya akan memberikan kesan yang besar jika diamalkan atau sebaliknya (ditinggalkan)Antara sebab orang Islam sekarang semakin kurangnya rasa ukhwah dan kesepakatan ialah kerana saf solat yang renggang dan bengkang bengkok.
Ada sebuah hadis tentang hal ini yang maksudnya lebih kurang,
Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).
Ada sebuah hadis tentang hal ini yang maksudnya lebih kurang,
Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).
HIKMAH MERAPATKAN SAF
1. Syarat bagi Kesempurnaan Solat Berjemaah. *Kalau ni pun terabur, pahala jemaah kita lagilah terabur.
Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.
Mafhumnya: "Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."
#"Kalau nak tengok hati penduduk atau masyarakat itu bersatu, Lihatlah pada safnya."
Rujukan




betul . kat surau aku pun same. biasanya org tua-tua(harap xde y trasa) memang nak lebih kot space safnya. tapi salah sebenarnya.
ReplyDeletebetul tu. Sekarang masyarakat makin dah lupa syari'at Islam.
ReplyDeletehmmm. sebab tulah kita sbagai REMAJA kena tunjukkan cara yang sebenarnya (yg telah ditetapkan syariat). sebab akan datang pon kita akan mnjadi org DEWASA yg mmberikan tnjuk contoh dan teladan kpd generasi akan datang :)
ReplyDeleteBetul tu. Tapi kena ada keberanian.
Delete