Follow @AnasZahin

Friday, 31 May 2013

Saf..

Assalamualaikum...

Nak kongsi pendapat sedikit. Cuba kau pergi solat berjemaah kat masjid-2 atau surau-2 yang berdekatan dengan tempat kau. Cuba perhatikan keadaan di dalam masjid, bukan hiasan dalamannyalah tapi kedudukan jemaah dalam saf. :D Kau akan lihat saf macam ni :



Nak dengar cerita aku tak?

Situasi di Masjid Z

Tadi masa solat berjemaah aku solat antara A *sebelah kanan dan B *sebelah kiri. Masa solat aku rapat ke tengah *bahagian B. Pastu aku  sentuh A tu supaya rapatkan saf. Tapi buat taktau je, aku batalkan solat aku, aku rapat kat bahagian A tu pula. Lepas tu, ada ruang kosong antara aku dan B tu *rakaat ke-2 sampai bagi salam. Aku macam blurr kejap.*loading bukankah sepatutnya orang belakang yang penuhkan saf?. Pakcik-2 ni tak tau ke macam mana luruskan dan rapatkan saf??? -,-'

Inilah masalah yang berlaku pada masyarakat kita hari ini. Tidak kiralah di bandar ke taman ke kampung semua sama je. Setakat ni hampir kesemua masjid yang aku pergi Saf Jemaah tak sempurna.  Haih...



..Saf masyarakat sekarang..

..Saf yang sempurna..


Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit.


Dalam islam setiap perkara itu walaupun nampak kecik tapi sebenarnya akan memberikan kesan yang besar jika diamalkan atau sebaliknya (ditinggalkan)Antara sebab orang Islam sekarang semakin kurangnya rasa ukhwah dan kesepakatan ialah kerana saf solat yang renggang dan bengkang bengkok.

Ada sebuah hadis tentang hal ini yang maksudnya lebih kurang,
Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).






HIKMAH MERAPATKAN SAF

1. Syarat bagi Kesempurnaan Solat Berjemaah. *Kalau ni pun terabur, pahala jemaah kita lagilah terabur.

 Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Mafhumnya: "Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."




#"Kalau nak tengok hati penduduk atau masyarakat itu bersatu, Lihatlah pada safnya."


Rujukan


Thursday, 30 May 2013

Nadwah Kepimpinan SAMSMILE di Cameron. :')

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak post entri berkenaan dengan kem yang diadakan di Cameron Highland pada DISEMBER 2012.
Pesertanya ialah sebilangan Badge '96 .

Kami Gotong royong mempersiapkan 'dewan' ini. Dewan dalam rumah? Jangan tak caya :D

Nampak tak banner yang Izzat Tajol @ KA SAMSML pasang. haha



..Sori kalau gambar tak jelas..

Kat sinilah aku banyak belajar benda baru:

1. Walau macam mana pun rupa sekolah kita, kemudahan kurang, tempat terhad berbanding dengan SAM lain, Itu Tetap Sekolah Kita.

2. Kat sinilah aku rasa ukhwah kami bersatu. :') Aku rindu masa kat sini

3. Kita semua sepatutnya saling memimpin antara satu sama lain. Support!! support!!! :D



#Bak kata Sir Din: Either U with me or Not with me! Seniority is Responsibility haha

#Kat sini jugalah Mr.K a.k.a Husband Cikgu Baizura memberi idea untuk merevolusikan nama sekolah dari SAMSMEL ke SAMSMILE. :') Terbaikkk!!



Nak tahu lagi apa aktiviti kami di sini? Silakan usha:

Pagi-2 Bersenam dulu
Barulah Bersemangatt!


Sesi pembentangan Sekolah Impianku!


Ada yang buat sekolah sukanlah, pastu siap ada tingkat bawah tanah, hutan simpan
macam2 lagi idea kreatif mereka persembahkan. Cayalahh kawan-2!


ni kami tengah fikir macam mana nak sambungkan kesemua (ada 4) jambatan-2 tu. Semua muka cari idea!

Pening2 tapi akhirnya siap jugak. hehe



Lepas dah seharian lepak kat dalam rumah ni
Nak tahu ape lagi?? Kami pergi Shopping. Yeahh!!



Terliur tak? haha Waffle Strawberry with Ice Cream.


Kabuss! *Aku beli ape tu haha

Best!! Kabus pulak kat sini. SEJUKK!
Semua Happy je time ni!

Lepas tu kami pergi ke Kolam air panas semulajadi.

~ Kutip Sampah Amalan Mulia ~

Khusyuk je mereka menghayati keindahan ciptaan Allah. Subhanallah!

Dah 5 bulan peristiwa ini berlalu aku harap kita dapat teruskan perjuangan kita semua..
Remember! Support each other! HEHE


#Tak silap aku Badge '97 SAMSMILE buat kat Janda baik




Swimming

Pagi tadi bosan duduk rumah ajak member makan roti canai kat Desa Putra.
Lepas makan member ajak pergi berenang kat P.16.
Ape lagi Rock N Roll la.



Nampak macam kosong kan? Haha ni gambar je. Tadi lupa pula nak ambil gambar tapi aku rasa tempat macam ni orang dah tak hairan sebab memang dah lama ada kat Putrajaya bersebelahan dengan Alamanda pulak.

Sebenarnya aku nak cerita pasal kelebihan kita berenang
Kawan-2 tahu tak kelebihan berenang? Kalau tak tau, meh aku bagitau
  1. Senaman yang berisiko rendah tak ada tekanan kuat kepada sendi, tulang dan otot-otot badan, tak seperti bola sepak badminton. Sebab sukan berat nilah lutut aku sakit sampai sekarang :(
  2. Kebaikan fizikal dengan meningkatkan daya kekuatan, ketahanan dan kelenturan badan,
  3. Digunakan sebagai terapi pemulihan selepas kecederaan,
  4. boleh menenangkan fikiran, otak kita jadi  relaks. WOAHHH! AKU SELALU STRESS HAHA
  5. Sistem pernafasan kita akan meningkat.
  6. Sesiapa yang gemuk tu, berenang dapat kuruskan badan. Yeahh...


Jadi marilah kita bersukan bukan hanya gempak di atas padang, tapi tahu berenang maksud aku 'terapung' dalam air. haha 

Re-Post 2011

jom solat :)


Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T

Ukhwah :')




Ukhuwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah Islam, iman dan takwa.
Dan sebaliknya dengan ukhuwah juga akan terhindari hal-hal yang merugikan dengan menjauhi setiap hal yang dapat mendatangkan kerugian bagi orang lain, baik yang berkaitan dengan jiwa, harta, kehormatan.
Allah berfirman (artinya):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al Hujurat: 10)
Rasulullah bersabda:
اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan bagian satu dengan bagian yang lainnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah keindahan Islam yang sebenar.Jauh dari unsur 'selfish' sehinggakn kasih sesama saudara menjadi syarat untuk mencapai kesempurnaan iman.

Jadi sebagai umat Islam,kita hendaklah menyahut seruan ini.Cuba kita praktikkan perkara di bawah.semoga dengan cara ini ukhuwah yang terjalin akan bertambah manis dan kukuh.

1.Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
Sabda Rasulullah:
"Jika seseorang itu kasih akan saudaranya,beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya."(Abu Daud dan Tarmidzi)



2.Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.
Umar al-Khattab r.a berkata,
"Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umrah.Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpeasan,"Jangan lupa berdoa untuk kami bersama."(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3.Segeralah bersalam apapbila bertemu.
Sabda Rasulullah s.a.w,
"Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

4.Bermanis muka apabila bertemu.
"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil,sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".

5.Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menggembirakan hatinya.
"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menggembirakan,nescaya Allah akan menggembirakan pada hari kiamat."

6.Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna
Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripda kesusahan-kesusahan dunia,Allah akan melapangkan orang itu,satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat.Dan siapa yang memudahkan orang yang susah,Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.Siapa yang menutup keaiban orang Islam,Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat.Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Riwayat Muslim)


Begitulah keindahan agama Islam kita yang tercinta ini,sehinggakan untuk mencapai kesempurnaan iman,ukhuwwah ini dijadikan salah satu daripada syaratnya.

Mutiara Kata...Renung-renungkanlah.... 

  • Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda,bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda

  • Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang (HAmka)

  • Sahabat ketika suka ramai,namun sahabat ketika duka amat sedikit,itulah yang dipanggil sahabat sejati dan beruntunglah sesiapa yang mempunyai sahabat seperti ini...

Repost.

Aku nak repost balik pasal post kat blog sebelum ni.
Sebenarnya aku dah ada banyak blog tapi dalam sebulan je aku aktif.
Tapi takpe aku akan usahakan sedaya mungkin. Amiinnn