Sungguh bosan, hambar, dan sangat blurr.
Ada yang dah ambik STAM, STPM, PLKN, KV.
Cari kerja sana ni. Berniaga, buat bisnes dan sebagainya.
Tapi ada juga yang tak buat apa2.. Macam ni :
![]() |
| macam ni la muka dia |
Setiap manusia ada karakter watak serta sifatnya yang tersendiri,
tapi sebagai makhluk yang dicipta dengan sebaik-baik kejadian kita mestilah
sentiasa berusaha kearah kebaikan.
"Manusia yang gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal"
Oleh itu, kita perlu mempunyai perancangan yang jelas untuk berjaya.
Tak kisahlah nak buat apa tapi yang penting kena bijak bahagikan masa.
Antara ciri-ciri orang yang berjaya adalah:
- Matlamat yang jelas
-Usaha beterusan
-Tidak mudah mengalah
-Niat untuk bantu orang lain
-Istiqomah
-Jaga hubungan dengan Pencipta dan makhluk.
So.. dalam masa beberapa bulan ni banyak aktiviti yang boleh kita usahakan dan buat
Contohnya, tubuhkan kelab remaja di taman perumahan kita untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.
Join usrah dekat mana-2 atau buat bisnes ataupun pergi seminar usahawan. Dengan itu, otak kita makin lama maki banyak berfikir dan berkembang. Jadi, takdelah kita banyak buang masa tengok tvlah surf internet dan sebagainya.Jadi ubah pemikiran kita .
Mulai sekarang mulakan Azam yang baru! Tekadkan usaha! Insha-Allah kejayaan pasti milik kita!


