Follow @AnasZahin

Sunday, 2 June 2013

Buat masjid untuk apa???

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak post entri berkenaan dengan Masjid.
Masjid? Kenapa aku nak post pasal masjid? Nak dengar cerita aku tak?


 Awesome!
Situasi di warung S
  Hari tu aku pergi jalan-2 kat negeri O. Pada pagi tu, aku singgah sarapan dekat satu tempat ini. Tiba-2 aku curi-2 dengar ada atok-2 duduk berdekatan dengan aku luahkan perasaan."Kita nak buat masjid untuk tuntut ilmu, beribadah, rapatkan hubungan silaturrahim,  tapi diorang buat masjid nak ambil duit je kerja nak sauk duit derma." Kata atok tu. "Sabar, kawan. Kau tu ada darah tinggi. Tak baik marah-2." Kata kawannya. Aku terfikir sejenak...

 Betul ke apa yang atok tadi cakapkan?? Betul ke mereka hanya nak bina masjid hanya untuk dapatkan duit sahaja. Hmmm... Semuanya bergantung kepada Niat.



Sebuah kisah tentang niat

Diterangkan di dalam kitab Ehyaaul-ulum karangan Imam Ghazali, ada seorang Abid (ahli ibadat) dikalangan bani Israel yang sentiasa sibuk dengan ibadat. Pada suatu hari datanglah satu rombongan menyampaikan perihal sebuah kaum yang menyembah pohon kayu.
Mendengar berita itu, Abid lantas marah semarah-marahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut. Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan syaitan yang telah menyamarkan dirinya sebagai seorang tua. 
Lalu mereka pun berkelahi lagi. Sekali lagi Abid berjaya mengalahkan syaitan. Lalu syaitan pun berkata,Akhirnya, satu perkelahian yang hebat pun berlaku di antara Abid dan syaitan. Abid telah berjaya mengalahkan syaitan lalu ia duduk di atas dada syaitan itu. Menyedari akan kekalahannya itu, syaitan pun cuba menggoda Abid,
Malangnya kali ini, Abid telah terpengaruh dengan pujukan syaitan dan menerima tawaran tiga dinar itu. Dua pagi berturut-turut, Abid memperolehi 3 dinar dari bawah bantalnya, manakala pada hari ketiga, wang itu tidak pula diperolehinya.Merasakan dirinya tertipu, Abid lantas mencapai kapaknya lalu keluar untuk menebang pokok kayu itu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Abid bersua dengan syaitan.
SEngkau hendak ke mana?
AAku hendak menebang pokok itu
SKini kau tidak berdaya untuk menebang pokok itu lagi
Lalu mereka pun berkelahi. Kali ini syaitan pula yang menang dan duduk di atas dada Abid. Abid tercengang lalu bertanya,
AKenapa sekarang engkau dapat mengalahkan aku sedangkan dulu, aku telah mengalahkan engkau?
SDahulu, engkau menang kerana engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Kini, engkau kalah kerana engkau berjuang semata-mata kerana wang
Begitulah sahabat sekalian, sesungguhnya perbuatan yang dikerjakan kerana Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sesungguhnya, keikhlasan itu sahaja yang dipandang oleh Allah Ta’ala. Semua amalan dinilai berdasarkan keikhlasan pengamalnya.


Rujukan




No comments:

Post a Comment